Popular Posts

Saturday, May 23, 2009

Story pasal aku..















tanggal 18.5.1986,aku dilahirkan,dan hari ni,18.5.09 maka genap la usia ku 23tahun...tiada seorg pn yg ucapkn slamat hari lahir pd ku,namun aku xkisah sebab bnyk lg perkara yg sukar pernah ku lalui, aku dilahirkan ketika seluruh keluargaku tengah sedih dan risau akan keadaan ayah ku yg sakit tenat mengidap barah hati,pada 17.7.86 ayahku menghembuskan nafasnya yg terakhir pada usia 33tahun,aku pd ketika itu masih tidak mengerti ape yg berlaku kerana usia ku xsampai 3bulan, arwah ayah ku dikenali oleh penduduk kerana sifatnya yg mesra dan seorang yg berjaya dalam perniagaannya,dan memberikan keluarga kehidupan yg selesa ketika hidupnya,tapi aku tdk pernah merasai semua itu,terasa juga hatiku untuk menatap wajah,memeluk nya,tp itu sudah takdir untuk ku,
setelah pemergian arwah ayah, keluarga kami terpaksa mengharungi pelbagai rintangan untuk meneruskan hidup, aku amat berbangga akan ibuku,membesarkan kami 4beradik ,ibuku terpaksa menjual bmw arwah ayh untuk membiayai pengajian abg ku yg sulong. Ketika ku berusi 4tahun,aku sering bertanya dimana ayah,ibuku cakap pd ku ayah aku telah meninggal,tp aku xfaham ape itu meninggal,aku tanya lg,meninggal tu ape?ibuku tersenyum dan berkata ayah dah pergi jauh,sangat jauh, ooo..baru aku faham ayahku pergi jauh..aku tanya lg,bile die akan balik, dengan nada yg sebak ibuku terangkan, ayah tak kan balik lg,...lagi aku pening dan xfaham sebab aku masih kecil lg masa tu.....
aku mempunyai satu cita2,cita2 ingin menjadi usahawan bejaya mcm arwah ayah,arwah ayah aku jadikan sebagai idolaku,segala apa yang dilakukan oleh ayah aku akan cuba teruskan ,meneruskan kejayaan yang tergendala,aku bertekad...arwah ada meninggalkan sebuah kilang memproses perabut yang lengkap dengan segala mesin memproses,setelah arwah meninggal ,atok ambil alih selama 5-8tahun dan diambil alih oleh abang sulungku,masatu aku baru sekolah rendah,tp sayang abangku hanya dapat mengurus untuk 5 tahun saja dan terpaksa tutup akibat beban hutang,sekali lagi kilang tu sunyi tanpa bunyi mesin2 yang selalu ku dengar...
setelah habis spm,aku mendapat keputusan yang agak cemerlang,bapa saudara aku suruh aku lanjut pelajaran dalam bidang pengurusan perbankkan,tapi aku tk minat, aku hanya mempunyai satu cita2 yang aku ceritakan td, aku melanjutkan pelajaran di politeknik untuk mengikuti kursus diploma berasaskan kayu,ataupan pembuatan perabot dan perniagaan, walaupun aku banyak maen2 dalam belajar tetapi aku masih ingat akan cita2...
kini aku sudah tamat pengajian dan mendapat diploma,aku gunakan diploma aku untuk mendapatkan bantuan kewangan,aku cuba membuka balik kilang yang dah lama menyepi...dengan bantuan seorang pekerja yang pernah bekerja dengan arwah ayah ,dia banyak memberi tunjuk ajar dan bercerita tentang arwah ayah yuang tak pernah ku jumpa...
sekarang kilang kembali beroperasi....dan ada pelanggan yang menempah ..kini aku sudah mampu memiliki sebuah kereta untuk memudahkan lagi perjalananku untuk berjumpa pelanggan yang terdiri drp orang kampung malah kontraktor2 pembinaan juga aku bergaul untuk mendapatkan tempahan yang besar...kini mantan pengarah pendidikan yang bergelar dato juga menjadi pelanggan ku.....
kini aku cuba lagi untuk mendaki satu lagi tangga untuk menuju keatas, aku sekarang cuba mendapatkan bantuan kewangan drp 2 buah bank besar, CGC dan SME bank,untuk membesarkan lagi perniagaan yang diwarisi ini.aku Cuma berdoa agar permohonan tersebut akan lulus secepat mungkin...insyaalah aku akan mengembalikan suasana seperti adanya arwah ayah dulu......

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. First of all..
    Al-fatihah utk Arwah Ayah Bee..
    2nd..
    Tiada kejayaan tanpa usaha, tiada kejayaan tanpa melalui kekangan dan tiada kejayaan yg indah melainkan usaha gigih yg membuahkan hasil titik peluh sendiri..
    3rd..
    berbanggalah krna Ajim ada semangat kental sebegitu..."klu org len dah lama give up"
    4th..
    sentiasalah berdoa..Mohon pada yang ESA..agar di permudahkan perjalanan dan jgn pernah lupa pd mreka2 yg slama ni ada brsama Ajim dr kecil sampai skg k..
    Lastly..
    Hidup x selalu indah..(^~^)
    Allah xkan ubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu sendiri yg mengubahnya..
    salam..

    ReplyDelete